Pakaian Islam

Pakaian Islam ialah pakaian yang dimaksudkan sebagai pakaian yang sesuai dengan ajaran Islam. Orang Islam memakai pelbagai jenis pakaian, yang dipengaruhi bukan sahaja oleh pertimbangan agama, tetapi juga oleh faktor praktikal, budaya, sosial, dan politik.[1][2] Pada zaman moden, sesetengah orang Islam telah menerima pakai pakaian berdasarkan tradisi Barat, manakala yang lain memakai bentuk moden pakaian tradisional Muslim, yang selama berabad-abad biasanya termasuk pakaian yang panjang dan longgar. Selain kelebihan praktikalnya dalam iklim Timur Tengah, pakaian longgar juga secara umumnya dianggap menepati ajaran Islam, yang menetapkan bahawa bahagian badan yang bersifat seksual mesti disembunyikan daripada pandangan umum. Pakaian tradisional untuk lelaki Islam biasanya menutupi sekurang-kurangnya kepala dan kawasan antara pinggang dan lutut, manakala pakaian Islam wanita adalah untuk menyembunyikan rambut dan badan dari buku lali ke leher.[3] Ada juga wanita Islam yang menutup muka.[1] Walau bagaimanapun, umat Islam lain percaya bahawa Al- Quran tidak mewajibkan wanita perlu memakai tudung atau burqa.[4][5]

Pakaian tradisional dipengaruhi oleh dua sumber iaitu al-Quran dan hadis. Al-Quran menyediakan prinsip-prinsip panduan yang dipercayai datang daripada Tuhan, manakala hadith menggambarkan teladan manusia yang dikaitkan dengan nabi Islam Muhammad.[6] Cabang industri fesyen yang dipengaruhi oleh prinsip Islam dikenali sebagai fesyen Islam.

  1. ^ a b "Clothing". The Islamic World: Past and Present. Oxford University Press. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2008.
  2. ^ Houissa, Ali (9 January 2023). "LibGuides: Women in Islam and Muslim Realms: Dress Code". guides.library.cornell.edu.
  3. ^ Marzel, Shoshana-Rose; Stiebel, Guy D. (18 December 2014). Dress and Ideology: Fashioning Identity from Antiquity to the Present (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury Publishing. m/s. 98. ISBN 978-1-4725-5809-1. A believing Muslim woman will not wear pants (bantalon) for two reasons. Firstly, pants might reflect the contours of limbs that are supposed to remain hidden. Secondly, items of clothing associated with men are off limits, just as men are forbidden to wear women's clothing. According to the Prophet, Allah curses the woman who dresses in clothing meant for men, and the man who wears clothing meant for women.
  4. ^ "unicornsorg". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2015. Dicapai pada 26 December 2015.
  5. ^ "Moroccoworldnews.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2015. Dicapai pada 26 December 2015.
  6. ^ Huda, Huda. "What Muslims Should Know About How to Dress". Learn Religions (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-09.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search